
Teratakku sering kali dikunjungi oleh pelbagai golongan usia, dari warga emas sehinggalah anak sekolah. Di dalam ramai² pelanggan yang ada, aku seringkali berbicara dengan seorang remaja lelaki yang masih lagi berada di bangku sekolah. Suatu petang, dia datang seperti biasa dengan membeli barang yang sama. Aku menyapanya dengan senyuman tetapi wajah remaja ini agak kelat. Tidak ceria seperti biasa. Balasan senyumannya juga tidak cukup manis.
