Wednesday, May 11, 2011

Emak Maut, Anak Selamat


Sehari sebelum Hari Ibu (08/05/11) disambut Ahad lalu, negara kita dikejutkan dengan kisah seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi menyelamatkan anak²nya yang terperangkap di dalam satu kebakaran di Taman Sri Guchil, Kuala Krai. Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap untuk mengeluarkan anak²nya sebelum disambut oleh jiran. Ketiga-tiga zuriatnya iaitu Rashidah Iliana Zamri, 7, Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, berjaya diselamatkan tetapi ibunya telah menemui ajal kerana gagal mencari kunci pintu gril hadapan.

Mangsa yang juga seorang jururawat di Hospital Kuala Krai telah membuktikan bahawa kasih ibu membawa ke syurga. Sekali pun panik dengan api yang marak tetapi di fikirannya ketika itu nyawa anak lebih utama. Ibu unggul ini telah menjadi wirawati terhebat walaupun dia sendiri dijemput pulang menemui Allah.

Semoga suami mangsa, Zamri Hamat, 38, menerima musibah ini dengan redha. Sesungguhnya keberanian isterinya sangat mengagumkan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan dihimpunkan di kalangan para ahli syurga.

©Eriyza : Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia.

Artikel² Lain Yang Anda Wajib Baca



0 comments:

Have any questions or suggestions?? Please feel free to add anything. I will try to answer all of the questions to the best of my ability!
Subscribe to my feed | Follow me on my Twitter
With much love,
Miss Eriyza

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Copyright @ 2009 Tinta Eriyza Cetusan Minda: Emak Maut, Anak Selamat | Design By: iEn | Edited By: Eriyza | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top