Tuesday, April 5, 2011

Jangan Serik Berbuat Baik

Aku pandang dia dan wanita separuh usia itu melihat aku. Masing² membuat muka jemu akibat menunggu giliran yang belum juga kunjung tiba. Petugas hanya beberapa orang sedangkan pelanggan bepuluh-puluh orang. Sungguh bosan!


Lelaki muda di sebelah aku mula mengangkat punggung oleh kerana kesabarannya sudah habis. Mungkin juga dia perlu kembali bertugas. Boleh jadi, ada urusan lain perlu didahulukan. Itu hanya anggapan aku. Sekeping kertas dihulurkan kepada aku. Terpinga² aku menyambutnya. Belum sempat aku membuka mulut mengucapkan terima kasih, dia sudah bergegas pergi. Nombornya jauh lebih awal dari nombor aku sekarang. Alhamdulillah.

Lima minit berselang, aku ke kaunter dengan nombor giliran yang disedekahkan kepadaku. Saat aku melintasi wanita yang kupandang tadi, aku hulurkan nombor giliranku yang jauh lebih awal dari nombor gilirannya. Dia terkujat kerana dia tidak mengenali aku. Aku menguntum senyum sebelum menapak ke kaunter.

Saat aku mula melangkah keluar dari bangunan Bank Islam itu, terdengar nombor giliranku tadi dipanggil. Aku tidak berpaling tetapi aku tahu wanita itu yang akan berurusan di kaunter.

Kes ini berlaku beberapa tahun lalu tetapi wanita itu masih tidak mengecam siapa aku walaupun dia bertemu denganku sekarang sedangkan aku pernah membeli bahulu jualannya.

©Eriyza : Tahukah kamu, jika kamu selalu berbuat baik kepada orang lain, tempiasnya akan turut terkena pada kamu. Aku telah membuktikannya beberapa kali. Kamu akan mendapat pertolongan dari orang yang tidak pernah kamu kenali. Tidak percaya?? Cubalah jadi baik.

Artikel² Lain Yang Anda Wajib Baca



0 comments:

Have any questions or suggestions?? Please feel free to add anything. I will try to answer all of the questions to the best of my ability!
Subscribe to my feed | Follow me on my Twitter
With much love,
Miss Eriyza

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Copyright @ 2009 Tinta Eriyza Cetusan Minda: Jangan Serik Berbuat Baik | Design By: iEn | Edited By: Eriyza | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top