Tuesday, February 22, 2011

Maybank


Teguran ini aku nukilkan khusus untuk Maybank cawangan Chukai. Bukan niat hendak mempertikaikan kredibiliti bank tersohor ini tetapi antara lain agar kalian dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Hujung bulan lalu aku ke Maybank untuk menguruskan sesuatu. Di situlah insiden ini berlaku.

Usai mengambil nombor, aku menunggu giliran. Pada mulanya aku pergi ke kaunter 1. Seketika kemudian, aku diarahkan pula ke kaunter 4, aku perlu menunggu seketika kerana ada pelanggan lain di situ. Di kaunter 4, pekerja bertugas meneliti segala data yang telah aku isi. Aku fikirkan, urusanku akan selesai di sini. Kira² 5 minit berurusan, aku diminta ke kaunter 1 semula untuk mengesahkan kad pengenalanku. Apa semua ini??

Masih memaniskan muka, aku ke kaunter 1 tetapi ada sepasang suami isteri di situ. Aku terpaksa berdiri menunggu walhal tujuanku cuma untuk urusan yang cukup ringkas. Tidak mahu bersikap biadap, aku membiarkan pasangan tersebut menghabiskan urusannya. Tiba giliranku, tidak sampai satu minit, kad pengenalan berjaya disahkan. Justeru, apa perlunya aku berdiri lama sekadar untuk urusan yang sebentar cuma?? Huh!!!

Aku ke kaunter 4 untuk meneruskan urusan yang tertangguh. Tidak perlu menunggu kerana tiada pelanggan. Kali ini urusan berjalan lancar dan aku fikirkan ia akan siap sebentar lagi. "Sila ke kaunter 6 ye." Lembut tutur pekerja tersebut tetapi hati aku pula yang panas. Belum habis lagikah??

Mahu atau tidak, aku tetap menapak ke kaunter 6. Seperti biasa, ada pelanggan di situ dan penantian bermula lagi. Oleh kerana aku duduk membelakangi kaunter 6, aku terpaksa mengiring untuk memerhatikan pelanggan tadi selesai berurusan. Di belakangku, ada dua orang lelaki Cina berusia separuh abad yang sibuk bermain telefon bimbit. Salah seorang darinya memegang Samsung Galaxy sambil menerangkan fungsi telefon bimbitnya kepada rakannya yang seorang lagi. Berpuluh patah bicara mereka, hanya beberapa patah sahaja yang aku faham. Penangan menonton drama Kantonis barangkali.

Di kaunter 6, kedengaran gelak ketawa tahap pontianak antara pekerja dan pelanggan. Entah apa yang mereka bualkan, aku pun tak tahu. Masa emasku berlalu begitu sahaja tanpa pengisian yang berfaedah. Duduk melangut menunggu giliran yang entah bila akan tiba. Sebaik pelanggan tersebut angkat punggung, aku terus meluru ke kaunter 6. Akan tetapi, lelaki Cina tadi turut ke kaunter 6. Oleh kerana tiada nombor giliran, budi bicara terpaksa digunakan.

Lelaki Cina tadi membenarkan aku berurusan dahulu kerana dia akan mengambil masa yang agak panjang untuk urusannya. Mungkin kerana aku bermata sepet sepertinya, maka dia bersikap sedemikian. Thank you uncle! Urusanku di kaunter 6 cuma sekejap kerana ia adalah proses akhir.

Bayangkan untuk urusan yang sepatutnya beberapa minit sahaja, aku perlu berada di dalam bank tersebut hampir satu jam. Sudahlah disepak ke sana sini bak bola. Pada aku, hal ini tidak seharusnya berlaku di dalam bank yang mempunyai nama yang gah. Aku berpendapat, sistem yang mereka gunapakai tidak sesuai untuk zaman ini dimana semuanya bergerak pantas. Apa perlunya pergi ke 3 kaunter untuk urusan yang mudah?? Bukankah itu satu pembaziran masa dan tenaga??

Aku mohon maaf pada warga Maybank sekiranya teguranku ini mengguris hati kalian. Cuma, aku berharap kalian dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kerana kita saling memerlukan. Mudah²an tidak akan ada lagi khabar buruk tentang Maybank di masa akan datang seperti ini.

Seorang gadis lain turut mengkritik bank ini di dalam blognya dalam satu entri berjudul Maybank.

©Eriyza : Tetap suka iklan Maybank yang menggunakan bahasa Iban (betulkan kalau salah).

Artikel² Lain Yang Anda Wajib Baca



0 comments:

Have any questions or suggestions?? Please feel free to add anything. I will try to answer all of the questions to the best of my ability!
Subscribe to my feed | Follow me on my Twitter
With much love,
Miss Eriyza

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Copyright @ 2009 Tinta Eriyza Cetusan Minda: Maybank | Design By: iEn | Edited By: Eriyza | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top