Monday, January 17, 2011

Rahsia Tanpa Rela


Teratakku sering kali dikunjungi oleh pelbagai golongan usia, dari warga emas sehinggalah anak sekolah. Di dalam ramai² pelanggan yang ada, aku seringkali berbicara dengan seorang remaja lelaki yang masih lagi berada di bangku sekolah. Suatu petang, dia datang seperti biasa dengan membeli barang yang sama. Aku menyapanya dengan senyuman tetapi wajah remaja ini agak kelat. Tidak ceria seperti biasa. Balasan senyumannya juga tidak cukup manis.


Setelah usai urusan pembayaran, dia masih tidak berganjak dari kaunter. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena padanya. Buat seketika, aku memerhatikan gerak-gerinya. Mungkinkah remaja ini terlibat dengan masalah cinta memandangkan rupanya yang agak kacak, tentu ramai anak gadis sebaya tertarik padanya.

Hampir 29 saat membatu, akhirnya dia membuka mulut. Menganga aku apabila satu persatu isi hatinya dibongkar kepadaku. Ternyata anak muda ini punyai jalan hidup yang cukup berliku walaupun usianya baru setahun jagung. Sesekali aku mematahkan bicaranya dengan memberikan nasihat yang ku kira berguna sebagai bekalan hidupnya.

Di akhir perbualan, dia meminta aku merahsiakan semua butir bicara yang telah terekod di mindaku. Aku mengangguk tanda faham disertai kalimah insyaAllah. Sekali lagi, aku diberi amanah untuk menjaga rahsia orang lain. Ya Tuhan, jadikanlah aku manusia yang berpegang teguh pada janji untuk merahsiakan hal peribadinya meskipun aku menerimanya tanpa rela.


[:: One Republic - Secret ::]

©Eriyza : Ketika arwah bonda masih hidup, aku terpilih antara insan² lain sebagai penjaga amanahnya. Kini, aku perlu menjaga rahsia seorang remaja lelaki yang langsung tidak mempunyai hubung kaitnya dengan diriku. Adakah muka aku ada cop mohor sebagai penyimpan mohor besar rahsia sejagat??

Artikel² Lain Yang Anda Wajib Baca



0 comments:

Have any questions or suggestions?? Please feel free to add anything. I will try to answer all of the questions to the best of my ability!
Subscribe to my feed | Follow me on my Twitter
With much love,
Miss Eriyza

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Copyright @ 2009 Tinta Eriyza Cetusan Minda: Rahsia Tanpa Rela | Design By: iEn | Edited By: Eriyza | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top