Thursday, November 11, 2010

Jodoh... Janganlah Jauh



Berbaki kurang lebih sebulan sahaja lagi, 2010 akan melabuhkan tirainya. Kiranya usiaku juga akan meningkat seiring dengan peredaran masa. Status diri masih di takuk lama, sedikit pun tidak berganjak. Sedikit kegusaran mulai merajai hati.


Jodoh, janganlah jauh. Hampirilah dengan kadar segera. Dimanakah kamu wahai insan yang masih kekurangan sebatang tulang rusukmu?? Tidakkah kau menyedari bahawa aku ada di sini??

Sudah puas aku mendengar cakap² belakang tentang diriku. Namun, aku tidak mampu mematahkan bicara mereka dengan omongan yang muluk² kerana fakta tanpa bukti umpama mencurah air ke daun keladi. Sedikit pun tidak melekat.

Adakah aku patut menyanyikan secara langsung lagu Cari Jodoh di hadapan umum?? Mungkinkah pada masa itu akan terbentang luas jambatan yang bakal menghubungkan aku dan dia. Adakah selama ini kami dibatasi dua lautan yang berbeza??

Aku terus merenung masa depan yang tidak pasti. Tidak kuketahui keputusan pencarian jodohku ini. Seperkara yang jelas, aku takkan mengalah. Aku akan terus melangkah dengan gagah.


[:: Anders Johansson - Marry Me ::]

©Eriyza : Kalau kamu sayang aku, doakan aku bertemu dengan jodohku. Doakan aku agar aku bisa berstatus seperti kamu. Doakan aku wahai makhluk Tuhan. Mungkin doa kamu untukku dimakbulkan.

Artikel² Lain Yang Anda Wajib Baca



3 comments:

Pozi ABB said...

SEMOGA DIPERMUDAHKAN! AMIN YAA RABBAL ALAMIN...

Eriyza said...

@Pozi ABB
Terima kasih Uncle Pozi. :)

Mayang Abadi said...

untuk memperolehi sesuatu, ada 3 perkara yang perlu dilakukan iaitu berusaha untuk mendapatkannya, berdoa untuk dipermudahkannya dan bertawakkal pada perkara yang akan diterimanya. Doa dan harapan moga dipertemukan dengan jodoh. InsyaAllah.

Have any questions or suggestions?? Please feel free to add anything. I will try to answer all of the questions to the best of my ability!
Subscribe to my feed | Follow me on my Twitter
With much love,
Miss Eriyza

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Copyright @ 2009 Tinta Eriyza Cetusan Minda: Jodoh... Janganlah Jauh | Design By: iEn | Edited By: Eriyza | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top