
Aku ke sebuah kedai runcit untuk membeli kelapa parut. Usai membeli, aku ke kaunter bayaran untuk melunaskan harganya. Oleh kerana ada pelanggan lain sedang berurusniaga, aku menunggu giliran dengan beratur di belakangnya.
Seminit berselang, aku ternampak seorang budak perempuan masuk ke kedai tersebut. Aku mula resah. Ingin segera beredar tapi barang di tangan belum dibayar. Aku segera membelakangi budak itu, tidak mahu kelibatku dikenalpasti.
Lelaki di hadapanku belum habis berurusan sedangkan aku perlu segera pulang. Akhirnya budak itu mulai menyedari kehadiranku. Aku berpura² tidak menyedari kehadirannya. Ekor mataku melihat budak itu menghampiri ibunya sambil cuba memperkatakan sesuatu.
Malang nasibnya kerana si ibu tidak memberi perhatian pada butir bicaranya malah menganggapnya mengganggu si ibu yang baru turun dari kereta mewah. Akhirnya giliranku sampai juga. Aku membuat bayaran dan bergegas keluar dari kedai.
Budak itu langsung tidak kutoleh tetapi ketika aku melepasi pintu kedai aku sempat mendengar suara aduan seorang anak kepada emak.
Anak : Mummy, itu cikgu Aleesha.
Emak : Hok mana se??
Anak : Tu... (mungkin jari menuding ke arahku).
Emak : Laa, bakpe dok royak??
Aku menarik nafas lega. Sekali lagi aku berjaya lolos dari ibu atau bapa kepada pelajarku. Bukan tidak mahu mengenali orang tua mereka tetapi aku lebih suka mengelak dari bersua muka.
[:: UNIC - Sekolahku ::]
©Eriyza : Aku rimas apabila terserempak dengan pelajarku dan mereka mula menarik² baju ibu atau bapa mereka untuk memberitahu bahawa aku ini guru mereka di kelas tuisyen. Aku bukan tidak suka, cuma tidak selesa.


0 comments:
Subscribe to my feed | Follow me on my Twitter
With much love,
Miss Eriyza
Post a Comment